Ciri fizikal Mola mola

Badan spesies ini berbentuk bujur dan leper. Ekornya tidak seperti ekor jenis ikan biasa;[6] ia bercantum dengan sirip-sirip duburnya menjadi satu hujung kemudi.[7][8][9] Ukurannya 1.8 meter panjang dengan jarak 2.5 meter dari sirip atas ke sirip bawah, tetapi ia boleh tumbuh sampai 3.3 m panjang.[6][10] Berat spesimen yang dewasa antara 247 hingga 1,000 kg,[10][11][12] berat paling tinggi yang pernah dicatatkan adalah 2,300 kg.[10]

Turus ruas tulang belakangnya lebih pendek daripada turus ruas ikan-ikan lain.[13] Tulang-tulangnya mengandungi tisu rawan yang membolehkan pertumbuhan kepada saiz yang sangat besar berbanding jenis-jenis ikan yang lain.[13][14] Ia tidak ada pundi renang.[13]

Rujukan

WikiPedia: Mola mola https://www.iucnredlist.org/species/190422/1951231 https://doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2015-4.RLTS.T190... http://www.japantimes.co.jp/news/2015/11/19/nation... https://cites.org/eng/app/appendices.php http://www.fishbase.org/identification/SpeciesList... http://www.oceansunfish.org/lifehistory.html https://www.nzherald.co.nz/nz/tropical-sunfish-vis... https://web.archive.org/web/20070216065719/http://... http://www.nhm.ac.uk/about-us/news/2006/feb/news_7... https://semanticscholar.org/paper/48443cb1d247271d...